Panggilan bom palsu di bangunan DBKL - Utusan Malaysia

Panggilan bom palsu di bangunan DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 8 Jun 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kira-kira 1,800 orang kakitangan termasuk pegawai-pegawai Dewan Bandaraya cemas setelah mereka diarahkan meninggalkan pejabat masing-masing di Jalan Raja Laut setelah diberitahu terdapat beberapa butir bom di bangunan tersebut.

Menurut pihak polis, kejadian tersebut berpunca daripada penyelia operator bangunan tersebut yang menerima panggilan yang menyatakan terdapat tujuh butir bom jangka di bangunan itu sekitar pukul 11.00 pagi.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 8 Jun 1978 – Kerajaan Negeri Pahang sedang menjalankan kajian bagi menentukan sama ada empat jenis ikan air tawar iaitu kelah, patin, kerai dan jelawat sesuai untuk diternak di dalam kolam.
  • 8 Jun 1982 – Kementerian Kesihatan akan memperkenalkan sistem penerangan pengurusan berkomputer bagi pelbagai program kesihatan dalam negara.
  • 8 Jun 1983 – Menteri Kerja Raya dan Kemudahan-Kemudahan Awam, Tun Samy Vellu memaklumkan bahawa bermula hari ini, kementeriannya akan dikenali dengan nama Kementerian Kerja Raya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya