Lelaki ditahan bantu siasatan video tular - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan bantu siasatan video tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan video tular di media sosial berhubung pertelingkahan hingga mengeluarkan kata-kata kesat berbaur perkauman.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditangkap semalam pada pukul 10.30 malam di Ampang Baru.

Katanya, tangkapan dibuat susulan laporan polis yang diterima pada 14 Mei mengenai kejadian yang berlaku di sebuah restoran di Falim di sini.

“Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis ganja.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu berkelakuan aib. Pihak polis sedang melengkapkan siasatan dan akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dengan tertangkapnya suspek tersebut, maka kes telah pun diselesaikan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai video berkenaan sehingga menjejaskan siasatan.

Menerusi rakaman video berdurasi 1 minit 18 saat yang dikongsi melalui Twitter itu, seorang lelaki dilihat mengeluarkan kata-kata kesat dan memainkan sentimen perkauman terhadap seorang wanita di dalam sebuah restoran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya