Lelaki asing miliki taraf pemastautin tetap disyaki terlibat kes bunuh

Lelaki asing miliki taraf pemastautin tetap disyaki terlibat kes bunuh

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang lelaki asing miliki taraf pemastautin tetap ditahan susulan penemuan mayat warga emas berlumuran darah dengan luka di leher di dalam kereta di hadapan Selayang Centre Point, Jalan Selayang Baru, Batu Caves dekat sini, semalam.

Mayat mangsa warga tempatan lingkungan usia 70-an itu ditemukan di tempat duduk pemandu Perodua Kancil oleh orang awam yang melaporkan kejadian pada 10.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed berkata, siasatan awal mendapati mangsa beralamat di Selayang Baru berpakaian baju kemeja dan berseluar slack berada di tempat duduk pemandu dalam keadaan berlumuran darah.

“Pemeriksaan forensik menemui kesan luka parah di leher dan turut ditemui objek tajam dipercayai senjata pembunuhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, kata Zainal, suspek lelaki lingkungan 40-an berjaya diberkas pada pukul 4 petang hari kejadian dan kini direman tujuh hari hingga 16 Mei untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden, Puteri Noor Asiah Mohd Sharif di talian 012-86718024 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak 03-61262222.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya