Lebih 50 peratus penduduk di Selangor adalah pekerja - Utusan Malaysia

Lebih 50 peratus penduduk di Selangor adalah pekerja

Kalimah Allah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selangor mempunyai seramai 3.6 juta pekerja dalam pelbagai sektor iaitu lebih 50 peratus daripada sekitar 7 juta penduduk.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dengan jumlah tersebut, beliau yakin negeri ini dapat mencapai sasaran 30 peratus sumbangan Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) berbanding sebelum ini.

“Ikhtiar ini memainkan peranan penting untuk memposisikan negeri Selangor sebagai penyumbang terbesar KDNK negara, iaitu sebanyak 24.8% pada tahun 2021.

“Komitmen seluruh warga pekerja berjumlah hampir 3.6 juta mampu menjadi pemangkin ke arah mencapai hasrat Selangor menyumbang 30 peratus kepada KDNK negara, sambil memastikan negara kita terus berkembang, selaras dengan tema Hari Pekerja tahun ini iaitu ‘Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani’,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan selain pekerja konvensional, peranan ibu bapa juga tidak wajar dilupakan yang bertugas dengan mengambil tanggungjawab mendidik dan membangunkan anak-anak demi generasi muda berwawasan.

“Saya menghargai komitmen berterusan pekerja daripada pelbagai sektor, sama ada penjawat awam negeri, penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di Selangor, pekerja sektor swasta, serta tidak dilupakan juga peranan ibu dan bapa yang mungkin tidak ditakrifkan sebagai pekerja.

“Tambahan kepada itu, saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada para majikan yang terus memberi peluang kepada pekerja di Selangor untuk menceburi pelbagai bidang dan sektor sambil mengekalkan kedayatahanan terutamanya dari segi kewangan.

“Semoga usaha berganding bahu ini terus kekal dan mampu menambah kualiti hidup pekerja-pekerja di Selangor dengan gaji yang setimpal dan berkembang, seiring dengan pengembangan ekonomi negara,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya