Lagi pemilik syarikat ditahan kemuka tuntutan palsu RM370,000  - Utusan Malaysia

Lagi pemilik syarikat ditahan kemuka tuntutan palsu RM370,000 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lagi pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu secara dalam talian kepada Pertubuhan Kerja Sosial (Perkeso) untuk mendapatkan bayaran insentif pengambilan pekerja dibawah program PENJANA.

Penahanan suspek dilakukan di Pejabat SPRM Selangor sekitar pukul 1 petang semalam ketika diminta hadir untuk memberikan keterangan.

Satu sumber berkata, suspek merupakan pemilik syarikat dan dipercayai telah mengemukakan tuntutan palsu.

“Suspek telah mengemukan tuntutan berjumlah kira-kira RM370,000 sekitar 2020 sehingga 2021.

“Permohonan reman selama dua hari bermula hari ini sehingga esok terhadap suspek lelaki berusia 45 tahun dibenarkan oleh Majistret Nur Faizah Abdul Sani di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Pada Selasa lalu, SPRM menahan reman tiga individu dari dua syarikat berbeza kerana disyaki mengemukakan borang pengesahan pekerja secara dalam talian yang mengandungi butir matan palsu membabitkan tuntutan berjumlah kira-kira RM1 juta kepada Perkeso di bawah program PENJANA. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya