Kesan bekas tapak kaki harimau ditemukan di Kampung Sungai Bari - Utusan Malaysia

Kesan bekas tapak kaki harimau ditemukan di Kampung Sungai Bari

KESAN bekas tapak kaki harimau yang ditemukan di Kampung Sungai Bari, Setiu, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA TERENGGANU: Orang ramai di sekitar Kampung Sungai Bari, Setiu dekat sini dinasihatkan agar berhati-hati susulan penemuan bekas tapak kaki haiwan liar dipercayai harimau, hari ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu daripada kakitangan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Menurutnya, pekerja projek tersebut telah menemukan beberapa kesan bekas tapak kaki harimau  itu dan terus membuat laporan kepada Perhilitan.

“Susulan itu, beberapa petugas jabatan telah bergegas ke lokasi tersebut untuk membuat pemantauan.

“Kemungkinan, haiwan tersebut datang dari hutan simpan berdekatan, namun setakat ini tiada sebarang ancaman serangan ternakan dilaporkan berlaku di kawasan sekitar.

“Justeru, mana-mana pihak yang terlibat kelibat harimau itu dinasihatkan agar segera menghubungi Perhilitan dan tidak melakukan sebarang tindakan provokasi bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya di sini, hari in

Tambahnya, sebarang rakaman video atau foto juga tidak boleh dimuat naik ke mana-mana media sosial kerana khuatir lokasi haiwan liar itu akan diketahui dan diburu oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Sekiranya terserempak, laporkan secepat mungkin kepada Perhilitan agar tindakan lanjut boleh diambil demi menjaga keselamatan orang awam dan haiwan liar tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.