Kerajaan Sabah tampung kos urusan jenazah Awang Askandar

Kerajaan Sabah tampung kos urusan jenazah Awang Askandar

ARMIZAN Mohd. Ali membuat panggilan video bersama Mohammad Ali Selamat dan Mohd. Fazle Abu Hasan bagi mendapatkan perkembangan terbaharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Negeri Sabah akan menampung segala kos tambahan di luar tanggungan insurans bagi pengurusan jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, komitmen itu diberikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor sekali gus memastikan jenazah dapat dikebumikan di kampung halaman di Kampung Benoni, Papar, Sabah sebagaimana hasrat ahli keluarga.

“Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga menyalurkan sumbangan untuk tujuan menambah tanggungan kos pengurusan jenazah.

“Mana-mana pihak yang berhasrat menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui Yayasan Kebajikan Sabah (YKS),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Selain itu, Armizan berkata, beliau mengadakan sidang video bersama Setiausaha Bahagian Konsular Kementerian Luar Negara, Datuk Mohammad Ali Selamat dan Counsellor/Charge d` Affaires, Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Mohd Fazle Abu Hasan bagi mendapatkan perkembangan terbaharu.

“Terkini saya dimaklumkan bahawa pasukan sherpa dijangka membawa turun jenazah Awang Askandar dari Kem 4 ke Everest Base Camp (EBC) pada pukul 2.00 petang (waktu tempatan) hari ini.

“Kedutaan juga memaklumkan bahawa jenazah dijangka dibawa turun dari EBC ke Kathmandu pada keesokan hari apabila keadaan cuaca mengizinkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya