Kerajaan perlu fokus isu kesihatan mental

Kerajaan perlu fokus isu kesihatan mental

Nurul Fadzilah Kamaluddin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menekankan isu masalah kesihatan mental dalam kalangan rakyat susulan kes wanita mati ditikam, ditoreh di bahagian perut dan dibakar di kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, Selangor, Isnin lalu.

Ketua Srikandi Muda Bersatu Malaysia, Nurul Fadzilah Kamaluddin berkata, dalam hal ini, sokongan psikososial dan cara menangani stress penting untuk diberi perhatian yang dilihat kadangkala terlepas sehingga menyebabkan kejadian yang tidak diingini boleh berlaku.

“Tindakan kekasih yang durjana ini telah menyebabkan gadis malang ini dibunuh, ditoreh perut dan dibakar. Jadi, wanita-wanita di luar sana perlu diberi pendedahan berkenaan isu-isu keselamatan diri dan menghadiri program serta kelas pengurusan dan pemerkasaan wanita terutama  wanita muda 35 tahun ke bawah.

“Sebagai contoh, merujuk kes ini, gadis tersebut dikatakan terlalu mempercayai teman lelaki beliau sehingga beliau telah hamil empat bulan dan pasti tidak pernah terfikir teman lelaki beliau akan membuat perkara sebegitu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, perselisihan faham tentang kehamilan menjadi punca seorang wanita mati ditikam, ditoreh di bahagian perut dan dibakar di kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, suspek berusia 20 tahun dipercayai membawa teman wanitanya menaiki sebuah kereta di kebun kelapa sawit itu kira-kira pukul 10 malam.

Menurut beliau, suspek yang juga lepasan sebuah kolej tiba di lokasi kejadian terlebih dahulu bertengkar dengan mangsa berusia 21 tahun.

Dalam hal ini, Nurul Fadzilah berkata, beberapa langkah perlu diambil perhatian sebagai langkah berjaga-jaga, termasuk menghantar ‘live location’ kepada orang yang terdekat.

“Selain itu, jangan ikut sesiapa yang tidak dikenali ke kawasan hutan atau tempat terpencil atau tempat yang meragukan, jerit sekuat hati jika terdapat sentuhan dan pergelutan. Hubungi talian kecemasan secepat mungkin jika terdapat keraguan dan di bawa ke kawasan yang tidak sepatutnya dan mempunyai senjata tajam seperti pisau kecil atau paper spray di dalam beg dan sebagainya,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya