Kematian Kok Thiam 'sekutu Jho Low': Keluar gesa orang ramai elak spekulasi 

Kematian Kok Thiam ‘sekutu Jho Low’: Keluarga gesa orang ramai elak spekulasi 

MENDIANG KEE KOK THIAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keluarga kepada ahli perniagaan, Kee Kok Thiam yang dibawa pulang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan lanjut berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan disahkan meninggal dunia, menggesa orang ramai supaya tidak melayan sebarang spekulasi mengenai kematian individu itu. 

Firma guaman yang mewakili keluarga si mati, Valen, Oh and Partners dalam kenyataan berkata, Kok Thiam meninggal dunia di hospital pada Isnin lalu selepas diserang angin ahmar secara tiba-tiba.

“Rujukan dibuat kepada laporan media mengenai kematian Encik Kok Thiam dan keadaannya. Beliau meninggal dunia pada 29 Mei 2023 di hospital akibat strok kuat secara tiba-tiba.

“Kami menggesa semua pihak untuk tidak melayan sebarang spekulasi mengenai peristiwa malang ini dan memberi ruang kepada keluarga untuk bersedih atas pemergiannya,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mendiang yang merupakan ‘rakan’ kepada individu dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low sebelum ini dibawa pulang SPRM pada 3 Mei lalu, bagi siasatan lanjut berkaitan penyelewengan dana 1MDB. 

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, meskipun  meninggal dunia siasatan SPRM terhadap ahli perniagaan itu masih berjalan.

Kata sumber itu, SPRM kini telah berjaya mengesan kembali kira-kira AS$5 juta aset dan wang tunai 1MDB di Singapura.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, ahli perniagaan itu dipercayai telah berada di Macau sepanjang tempoh buruan selepas menghilangkan diri pada 2018.

Jelas sumber itu, hasil penggeledahan rumah lelaki berkenaan pada 3 Mei lalu, kira-kira RM30 juta termasuk aset dan akaun dikaitkan 1MDB diperoleh ahli perniagaan itu dibekukan.

Lelaki berkenaan yang juga seorang bekas pegawai 1MDB diserahkan notis perintah untuk hadir ke Ibu pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 10 pagi, 3 Mei lalu selepas dia dibawa pulang SPRM dari Singapura ke Malaysia bagi siasatan lanjut berkaitan penyelewengan 1MDB dan SRC International.

Penyerahan notis itu dibuat selepas lelaki berkenaan tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA Terminal 2) pada pukul 3.30 pagi hasil kerjasama dengan agensi penguatkuasa dari luar negara.

Hasil siasatan SPRM mendapati lelaki itu telah menerima wang hasil penyelewengan dana 1MDB dan SRC melalui akaun bank syarikat yang dikenali sebagai Wright Shaw Limited.

Selain itu, siasatan juga membuktikan bahawa beliau telah menerima wang hasil daripada penyelewengan dana 1MDB melalui Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M).

Tambah sumber, SPRM dengan kerjasama CAD Singapura telah berjaya membawa pulang wang dianggarkan berjumlah RM16 juta daripada syarikat Totality Limited milik seorang ahli perniagaan pada 26 April lalu.

Konspirasi yang dilakukan adalah dengan mengelirukan bank dan menyembunyikan fakta tertentu daripada lembaga pengarah 1MDB untuk memindahkan AS$700 juta kepada Good Star Ltd. yang didakwa dimiliki oleh Jho Low. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya