Kehadiran luar biasa Konvensyen Nasional bukti

Kehadiran luar biasa Konvensyen Nasional bukti kerajaan stabil, kukuh

FADILLAH Yusof (empat kanan) semasa pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi LKM di Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Komitmen 19 parti politik menghadiri Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan semalam membuktikan kerajaan yang ditubuhkan hari ini bukan hanya stabil, tetapi juga kukuh.

Timbalan Perdana Meteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, selama enam bulan kerajaan perpaduan ditubuhkan apabila undian diadakan di Parlimen, dapat disaksikan ia mendapat undian penuh 148 ahli Parlimen yang menyokong kerajaan perpaduan.

“Sebenarnya kalau dilihat semalam dengan kehadiran luar biasa, lebih daripada jangkaan kita bukan sahaja di dalam dewan tetapi juga di luar dewan, penuh dengan penyokong yang menyaksikan konvensyen berkenaan.

“Itu menunjukkan komitmen keseluruhan parti yang menubuhkan kerajaan perpaduan,” katanya selepas Majlis Apresiasi Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan Majlis Hari Raya Aidilfitri, di sini hari ini.

Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata, apa juga perkara berkaitan kenyataan-kenyataan diluar mengenai dakwaan pembangkang mempunyai sokongan akuan bersumpah (SD) untuk menjatuhkan kerajaan hanya sekadar propaganda politik atau gimik politik.

Namun, beliau mengingatkan pemimpin dan parti-parti politik agar memberi keutamaan kepada kestabilan kerajaan supaya dapat memberi keyakinan kepada pelabur untuk datang ke Malaysia.

Menurut beliau, tumpuan harus diberi kepada usaha memulihkan ekonomi negara selepas berhadapan pandemik Covid-19. Itu seharusnya menjadi fokus.

Sekiranya kerajaan stabil barulah aspek ekonomi dan kewangan negara beransur pulih bagi membolehkan kerajaan memberi bantuan kepada rakyat dan seterusnya memberi fokus kepada pembangunan negara.

Malah, dalam ucapan penggulungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, Sarawak dikatakan sebagai contoh kerana mempunyai politik yang stabil hingga membolehkan kerajaan negeri Sarawak memberi fokus kepada pembangunan.

“Ketika ini, kita telah berada di hadapan dari segi tenaga boleh diperbaharui. Kita sedang fikirkan untuk mengeksport tenaga boleh diperbaharui dan kita telah mengekspot ke Kalimantan.

“Kini, Singapura pula mahu membeli tenaga boleh diperbaharui daripada kita (Sarawak). Malah, kita juga akan membantu membekalkan tenaga boleh diperbaharui kepada Sabah apabila talian penghantaran siap sepenuhnya,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha DAP, Anthony Loke berkata, dakwaan bahawa pembangkang memiliki 126 SD ahli Parlimen hanya sekadar satu konspirasi menjatuhkan kerajaan perpaduan. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya