Kebakaran rumah, bayi empat bulan melecur di kepala, kaki

Kebakaran rumah, bayi empat bulan melecur di kepala, kaki

KEBAKARAN rumah yang mengakibatkan bayi empat bulan melecur di Pekan Kimanis Lama, Papar hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAPAR: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan melecur di beberapa bahagian badan dalam kebakaran yang berlaku di Pekan Lama, Kimanis hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, bayi lelaki dikenali sebagai Raid Syakif melecur di bahagian kepala dan kaki dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan sepenuhnya rumah dua tingkat itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat (PGO) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.25 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis dengan bantuan anggota dari BBP Papar dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya dalam kejadian itu.

“Terdapat seorang bayi berusia empat bulan di bahagian kepala dan kaki dilaporkan oleh penyelia operasi.

“Mangsa dihantar ke Hospital Papar oleh keluarganya sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi pemadaman menggunakan satu aliran 300 kaki dua pancutan sumber air dari jentera dan pili bomba.

Operasi terkawal pada pukul 9.35 pagi dan tamat sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya