‘Kalau nafi orang tua-tua kata boleh jadi betul’

‘Kalau nafi orang tua-tua kata boleh jadi betul’

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor ketika berucap pada Pelancaran Himpunan Jentera Pilihanraya PN Kedah di Padang Awam, Guar Chempedak di Yan. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mustahil boleh diambil alih seperti ura-ura yang menyatakan pembangkang kini memiliki akuan sumpah berkanun (SD) mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor beranggapan ketakutan yang membayangi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) ketika ini berkaitan dakwaan tersebut mungkin kerana perkara itu diketahui mereka ada asasnya.

Kata beliau, kenyataan berbentuk penafian yang dibuat oleh pemimpin kedua-dua gabungan itu kebelakangan ini menampakkan lagi kebimbangan mereka dengan jelas.

“Pasal apa dia takut sangat? Pasal dia tahu kita ada (angka) kan. Kalau dia tak nafi mungkin orang anggap perkara itu sebagai khabar angin saja. Bila dinafikan perkara itu, mengikut petua orang tua-tua kata benda itu betul,” katanya dalam sidang akhbar selepas Pelancaran Himpunan Jentera Pilihanraya PN Kedah di Padang Awam, Guar Chempedak. 

Terdapat spekulasi mendakwa PN mempunyai sokongan seramai 126 Ahli Parlimen bagi membolehkan peralihan Kerajaan Persekutuan dilakukan dalam tempoh terdekat.

Pada 5 Mei lalu, Anwar menggesa pembangkang supaya membawa SD menyatakan sokongan Ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan baharu, sekiranya mereka benar mempunyai sokongan mencukupi.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, beliau tidak boleh mengesahkan atau menafikan perkara tersebut, namun hanya berharap ianya menjadi kenyataan.

“Sah pun tak tau, nafi pun tak tau. Saya gembiralah kalau boleh berlaku dan saya menanti-nantikan saat itu. Saya doakan ia menjadi kenyataan. Sangat tidak mustahil (untuk berlaku). 

“Jangan tanya saya (jumlah SD) sebab saya bukan Ahli Parlimen. Saya tak tahu tetapi yang mereka sedang bercakap banyak itulah (126 SD),” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi PN Kedah menyifatkan adalah tidak mustahil sekiranya parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menyatakan sokongan kepada PN untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Katanya, walaupun permohonan Pejuang untuk menyertai PN ditolak sebelum ini, kemungkinan Pejuang bekerjasama bersama mereka menerusi platform lain seperti Proklamasi Orang Melayu bukan perkara luar biasa.

“Mungkin (boleh bersama), saya tak tahu kalau Pejuang ada mohon sekali lagi. Proklamasi tersebut bukan parti politik, mereka sebuah badan bertindak tetapi boleh menjadi medan untuk menyatukan orang Melayu sebab Pejuang pun dalam kalangan orang Melayu juga,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.