Kabinet tidak pernah bincang, tawar Pas sertai kerajaan - DAP - Utusan Malaysia

Kabinet tidak pernah bincang, tawar Pas sertai kerajaan – DAP

Pas Kerajaan Perpaduan
NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Kabinet tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dan bentuk tawaran kepada Pas untuk menyertai Kerajaan Perpaduan setakat ini.

Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berkata, kenyataan dikeluarkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ternyata jelas tidak tepat. 

“Saya sahkan kabinet tidak pernah bincang dan tiada seorang pun pemimpin senior kerajaan pernah menawarkan atau menjemput Pas menyertai (Kerajaan Perpaduan). “Saya tidak tahu Haji (Abdul) Hadi dapat cerita dongeng ini dari mana?,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja di Pasar Awam Sekinchan di sini, hari ini.

Tambah Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan itu, perkara berkenaan turut dinafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Media sebelum ini melaporkan Abdul Hadi memaklumkan terdapat pihak menghubungi beliau bagi menjemput Pas menyertai Kerajaan Perpaduan.

Beliau mendakwa, tawaran itu muncul kerana Pakatan Harapan (PH) terutama PKR menyedari kedudukannya tidak kukuh dan jumlah kerusi Melayu parti itu tidak sebanyak Pas.

Semalam, Ahmad Zahid memberitahu tiada sebarang langkah atau gerakan yang menawarkan Pas untuk kerjasama berkenaan.

Perkara itu tidak pernah dibincangkan secara rasmi dalam kalangan 19 pemimpin parti yang menganggotai kerajaan ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.