Kabinet belum putuskan siapa sedia draf kawal selia kalimah Allah 

Kabinet belum putuskan siapa sedia draf kawal selia kalimah Allah 

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PUTRAJAYA: Kabinet setakat ini belum memutuskan pihak mana yang menyediakan draf kawal selia mengenai penguatkuasaan dasar berhubung kalimah Allah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Kabinet semalam bersetuju supaya suatu formula kawal selia dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja namun pihak mana yang menyediakan draf komprehensif itu belum diputuskan.

“Kalau dari segi akta yang menjadi punca kuasa iaitu Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, akta itu di bawah kawal selia KDN. Namun, siapa yang akan sepatutnya sediakan rencana komprensif itu akan ditentukan oleh Kabinet kelak,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Majlis Persaraan 2023 Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini, hari ini.

Ditanya bila draf itu akan dipersembah kepada Majlis Raja-Raja, Saifuddin berkata, ia tertakluk kepada majlis berkenaan.

Ditanya sama ada isu itu akan dimainkan ketika kempen pilihan raya negeri (PRN) akan datang, Saifuddin menggesa semua ahli politik mengambil tanggungjawab berhubung isu berkenaan.

“Isu ini adalah isu emotif (berkait emosi), mereka (ahli politik) semua tahu. Jangan pula kita membelakangkan fakta dan pada masa sama, mengaut keuntungan politik. Mahkamah tidak pernah memutuskan soal agama, ia hanyalah aspek pelanggaran kepada percanggahan keputusan Kabinet dengan arahan pentadbiran sahaja,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, Kabinet telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah untuk mempersembah cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah ‘Allah’ kepada Majlis Raja-Raja. – UTUSAN

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.