Jumlah wang tak dituntut, produk pertanian antara tumpuan hari ini

PARLIMEN: Jumlah wang tak dituntut, produk pertanian antara tumpuan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini dijangka tertumpu kepada isu jumlah wang yang tidak dituntut dan tersimpan setakat 31 Mac 2023 lalu.

Fong Kui Lun [PH-Bukit Bintang] akan bertanya soalan itu kepada Menteri Kewangan dan cadangan untuk memanfaatkan wang tersebut untuk pembangunan negara.

Sabri Azit [PN-Jerai] pula akan meminta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan pendirian kementerian untuk meningkatkan pemberian Pemindahan Fiskal Ekologi untuk Pemeliharaan Biodiversiti (EFT) kepada negeri Kedah setimpal dengan pemeliharaan ekologi Hutan Simpan Ulu Muda selain menjadi sumber penggunaan air mentah oleh negeri berdekatan seperti Pulau Pinang.

Sementara itu, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad [BN-Parit Sulong ] meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan jumlah jenis produk pertanian yang masih belum mencapai nisbah Self Sufficient Ratio dan langkah yang akan dilaksana bagi mencapai nisbah yang ideal dalam disamping mengurangkan kebergantungan negara kepada produk pertanian import.

Datuk Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail [PM-Kubang Pasu] akan bertanya kepada Menteri Luar Negeri menyatakan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan bagi mengembalikan kegemilangan kedudukan dan peranan Malaysia di peringkat antarabangsa termasuk ASEAN yang dilihat semakin terpencil dan tidak dinamik seperti era tahun 1980-an dan 1990-an. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN