JPJ sita 14 kereta sewa haram di Langkawi - Utusan Malaysia

JPJ sita 14 kereta sewa haram di Langkawi

LOKMAN Jamaan (kanan) menunjukkan sebahagian daripada 14 buah kereta yang disita kerana dijadikan kenderaan sewa tanpa permit sah dalam operasi di Langkawi. -UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Sebanyak 14 buah kenderaan milik persendirian yang digunakan sebagai kereta sewa pandu sendiri disita Ja­batan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana tidak memiliki permit sah untuk beroperasi di pulau pelancongan ini.

Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, kereta tersebut antara 44 buah kenderaan yang diperiksa melalui Op Khas Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) selama tiga hari.

“Operasi dilakukan di pintu-pintu masuk ke pulau peranginan ini dengan pemeriksaan terhadap kereta sewa pandu, teksi dan e-hailing untuk memastikan ia mematuhi undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2016.

“Malah kita juga melaksanakan pemeriksaan ini bagi memastikan pelancong-pelancong terutamanya sempena Pa­meran Antarabangsa Mari­tim dan Ae­ro­angkasa Langkawi 2023 (LIMA ‘23) mendapat kenderaan terbaik daripada perkhid­matan tersebut.

“Pemilik kenderaan persen­di­rian yang menggunakan ken­deraan mereka bagi tujuan ken­deraan awam (kereta sewa pandu) menyalahi lesen kende­raan motor itu sendiri di bawah Seksyen 23 APJ 1987,” katanya kepada pemberita di JPJ Cawa­ngan Langkawi di sini.

Katanya, seramai 15 anggota JPJ menyertai operasi itu termasuk melakukan penyamaran dan risikan dengan menyewa kenderaan setibanya di pintu masuk Pulau Langkawi.

Lokman berkata, sebanyak 15 buah teksi dan 15 buah kenderaan e-hailing yang turut diperiksa dalam operasi tersebut pula didapati tidak melakukan sebarang kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya