Jenazah Awang Askandar jalani bedah siasat

Jenazah Awang Askandar jalani bedah siasat

AZIM (kanan) dan Mohd Fadzle (dua dari kanan) berada di Tribhuvan University (TU) Teaching Hospital, Kathmandu bagi menyambut ketibaan jenazah Awang Askandar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Proses bedah siasat jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub bermula pukul 1 petang tadi (11 pagi waktu Nepal) di Tribhuvan University (TU) Teaching Hospital.

Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak berkata, pihak hospital sudah menerima laporan polis dan proses bedah siasat diadakan hari ini termasuk urusan dokumentasi.

“Kami berharap proses itu dapat berjalan lancar dan diselesaikan segera supaya proses membawa pulang jenazah dapat disegerakan untuk pengebumian.

“Proses membawa pulang jenazah akan diuruskan pihak insuran dengan bantuan Kementerian Luar Negeri dan Malawakil di Nepal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, beliau juga sudah berhubung dengan pihak insuran dan jika segala urusan berjalan lancar, maka jenazah boleh dibawa pulang ke tanah air esok.

Awang Askandar yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah disahkan meninggal dunia pada Jumaat lalu selepas berdepan masalah kesihatan dan jenazahnya selamat dibawa turun dari Kem Empat pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut, semalam.

Jenazah kemudian tiba di hospital petang semalam disambut Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Mohd Fadzle Abu Hasan.

Dalam perkembangan lain, Azim memaklumkan beliau akan kembali ke Everest Base Camp (EBC) selepas urusan bawa pulang jenazah arwah selesai bagi menyambung semula misi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Hawari Hashim.

Katanya, operasi SAR di Kem Dua semalam ditangguhkan akibat cuaca buruk dan diteruskan semula hari ini melalui jalan darat membabitkan enam sherpa.

“Dua unit helikopter turut digerakkan hari ini bagi menjejaki Muhammad Hawari,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya