Jalan raya rosak, berlubang di Johor giat diselenggara

Jalan raya rosak, berlubang di Johor giat diselenggara

ALEXANDER Nanta Linggi (kanan) meluahkan kekecewaan dengan kualiti jalan yang terdapat di bandar raya Johor Bahru ketika melakukan lawatan pada 9 Mei lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri sedang melaksanakan kerja penyelenggaraan jalan raya di beberapa lokasi seluruh Johor termasuklah 11 lokasi di sekitar Pasir Gudang demi keselamatan dan keselesaan pengguna.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerja-kerja pembaikan itu termasuk jalan di kawasan perindustrian Tanjung Langsat, Lebuhraya Pasir Gudang, Jalan Kota Masai, Taman Kota Masai; Jalan Besar dan Jalan Mesjid di kawasan pusat bandar Pasir Gudang.

Selain itu, katanya, termasuk juga Jalan Pekeliling, Jalan Timah 1, Jalan Platinum Utama, Jalan Platinum 1 dan 2, Jalan Perak 3, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Lebuhraya Pasir Gudang serta Jalan Permas Jaya – Pasir Gudang. 

“Syukur alhamdulillah. Saya telah dibentangkan perkembangan pembaikan dan penyelenggaraan jalan-jalan di seluruh Johor. Walaupun begitu, masih banyak jalan yang perlu diselenggara dan dibaik pulih demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambah Onn Hafiz, selain kawasan sekitar Pasir Gudang, beberapa lokasi lain turut terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaraan dan dijangka selesai dalam waktu terdekat.

“Ini melibatkan Jalan Kota Tinggi – Mersing, Jalan Lapangan Terbang Senai, Jalan Pontian – Kukup, Jalan Batu Pahat – Mersing, Jalan Yong Peng – Muar, Jalan Tenggaroh Selatan dan Jalan Utama Tenggaroh di Mersing. 

“Selain itu termasuklah jalan raya di Felda Inas, Kota Tinggi; Jalan Muar – Segamat, Jalan Felda Kemelah dan Jalan Muar – Yong Peng. Saya yakin dengan kerjasama semua pihak keadaan infrastruktur di negeri ini akan dapat diperbaiki demi keselesaan dan keselamatan pengguna terutamanya Bangsa Johor,” tambahnya. 

Pada 9 Mei lalu, Menteri Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meluahkan perasaan dukacita dengan kualiti beberapa jalan raya di sekitar bandar raya ini sekalipun meminta Jurutera Daerah Johor Bahru bagi menjelaskan keadaan jalan dan inisiatif diambil dalam menyelesaikan masalah tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya