Jakim teroka pelbagai peluang kerjasama hal ehwal Islam di Arab Saudi

Jakim teroka pelbagai peluang kerjasama hal ehwal Islam di Arab Saudi

HAKIMAH Mohd. Yusof (tengah) bertukar cenderamata dengan Awad Sabti Al Anzi sambil disaksikan Wan Zaidi Wan Abdullah di Riyadh, Arab Saudi. - GAMBAR IHSAN JAKIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bekerjasama dengan pelbagai pihak di Arab Saudi dalam bidang berkait hal ehwal Islam ketika mengadakan siri lawatan ke negara itu berakhir semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd. Yusof berkata, antaranya kerjasama dengan Akademi Fiqh Islam Antarabangsa (IIFA) selepas berkesempatan mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agungnya Prof. Datuk Dr. Koutoub Moustapha Sano.

IIFA merupakan badan khas di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bertindak aktif menghimpunkan ulama seluruh dunia bagi perbincangan fatwa sesuatu isu sejagat.

Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang dilantik Jakim mewakili Malaysia, turut menghadiri persidangan tahunan IIFA bagi mengupas hukum tertentu umat Islam global.

Hakimah turut menyatakan hasrat untuk menghantar ramai pegawai Jakim bagi menjalani latihan dan penempatan di IIFA demi pengukuhan keupayaan penyelidikan fatwa semasa.

Beliau kemudiannya menghadiri persidangan antarabangsa Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia OIC Sesi Ke-21 diwakili bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Datuk Ahmad Azam Abd. Rahman serta Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa Jakim, Jafri Abdullah.

Seterusnya, Hakimah bertemu Ketua Pegawai Eksekutif, Saudi Food and Drug Authority (SFDA), Dr. Hisham Saad Aljadhey di ibu kota Riyadh berhubung perkara pensijilan halal dan berjaya memuktamadkan memorandum persefahaman (MoU) dalam pengiktirafan bersama sijil itu.

Kerjasama antara Jakim dan SFDA ujarnya, turut meliputi perkongsian pengalaman dan pengetahuan termasuk latihan dan penyelidikan produk bagi pembangunan industri halal.

Beliau juga berjumpa Ketua Pengarah Hal Ehwal Islam di Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi, Dr. Awad Sabti Al Anzi membincangkan rangka kerja di bawah MoU bidang hal ehwal Islam untuk program bersama sehingga 2025 merangkumi kerjasama pelaksanaan dakwah, kajian, isu masjid, kebudayaan Islam serta al-Quran dan Sunnah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya