Imigresen serbu ‘lubuk’ PATI di Abdullah Hukum

Imigresen serbu ‘lubuk’ PATI di Abdullah Hukum

ANTARA PATI yang ditahan Imigresen Kuala Lumpur dalam Op Sapu di sebuah pangsapuri di Kampung Abdullah Hukum, Bangsar, Kuala Lumpur, kelmarin. - IHSAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 91 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menghuni di sebuah pangsapuri dekat Jalan Kampung Abdullah Hukum, Bangsar, dekat sini ditahan dalam serbuan mengejut Jabatan Imigresen Malaysia, tengah malam kelmarin.

Dalam serbuan pukul 12.15 tengah malam itu, kira-kira 100 unit rumah di pangsapuri tersebut diperiksa bagi mengenal pasti PATI yang menghuni di lokasi tersebut.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, Op Sapu itu dijalankan sepasukan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur susulan aduan penduduk tempatan yang bimbang dengan kehadiran warga asing di pangsapuri terbabit.

Katanya, seramai 254 PATI diperiksa sepanjang operasi tersebut berlangsung.

“Hasilnya, seramai 91 PATI termasuk 28 wanita berusia lingkungan 20 hingga 55 tahun ditahan.

 “Jumlah itu terdiri daripada 33 warga Indonesia, Bangladesh (21 orang), Pakistan (sembilan orang), Myanmar (17 orang), Nepal (lapan orang), India (dua orang) dan seorang warga Filipina.

“Ketika serbuan dilakukan, terdapat beberapa PATI cuba bersembunyi selain enggan memberi kerjasama dengan tidak membuka pintu rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syamsul berkata, pemeriksaan mendapati, kebanyakan PATI berkenaan bekerja di sekitar kawasan Bangsar sebagai pekerja pembersihan serta buruh binaan.

“Unit rumah ini mempunyai tiga bilik dan kebanyakan rumah sudah diubah suai oleh pemilik sehingga boleh menampung sehingga 10 orang,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) akta sama. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya