Hospital pakar baharu bantu IJN kurangkan waktu menunggu

Hospital pakar baharu bantu IJN kurangkan waktu menunggu pesakif

HASRI Samion (kanan) bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Akmal Arief Mohamed Fauzi (dua dari kiri) meninjau kemudahan di Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) di Kuala Nerus, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kewujudan hospital pakar baharu membantu Institut Jantung Negara (IJN) mengurangkan waktu menunggu bagi pesakit yang ingin mendapatkan rawatan pembedahan.

Menurut Ketua Pegawai Klinikal IJN, Dr. Hasri Samion, masalah waktu menunggu yang lama di IJN merupakan persepsi lama yang berjaya dihakis membabitkan pesakit kanak-kanak dan dewasa.

Beliau berkata, IJN menerima paling banyak 45 kes pesakit baharu setiap hari berbanding 70 yang diperuntukkan sekaligus menunjukkan kekosongan sentiasa ada di institut  berkenaan.

“Secara realitinya data menunjukkan masih terdapat 40 peratus kekosongan bagi rujukan kes baharu di IJN. Cuma bagi kes pembedahan tidak dinafikan masih ada bergantung tahap penyakit.

“Bagi pesakit kanak-kanak yang kes biasa, masa menunggu ialah satu atau dua minggu manakala untuk kes rumit iaitu pernah dibedah ketika bayi, waktu menunggu antara enam atau tujuh bulan.

“Bagi pesakit dewasa agak berbeza kerana 90 peratus mengidap masalah seperti diabetes dan kolesterol. Jadi banyak aspek perlu dikawal dan waktu menunggu sekitar 12 minggu.

“Tetapi jika melibatkan kecemasan yang memerlukan pembedahan segera, IJN akan memberi keutamaan secepat mungkin,” katanya di Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) di sini, semalam.

Menurut beliau lagi, terdapat 100 pakar perubatan termasuk 12 pakar bedah dan 50 pakar kardiologi di IJN dengan kapasiti 100 katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 350 katil di wad biasa.

Hasri menjelaskan, IJN turut dilengkapi sembilan dewan bedah yang secara harian mampu menjalankan dua kes pembedahan kompleks di setiap dewan bedah.

“Hari ini banyak kemudahan di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching, Sabah dan Serdang. Ianya berbeza pada 20 dan 30 tahun lalu ketika IJN menjadi satu-satunya pusat rawatan jantung.

“Sehingga hari ini peratusan kejayaan pembedahan di IJN masih tinggi iaitu 97 peratus bagi kes pesakit berisiko rendah seperti masalah koronari dan 94 peratus bagi kes risiko sederhana.

“Bagi kes kompleks seperti peningkatan umur pesakit, masalah buah pinggang dan paru-paru, peratusan kejayaan ialah antara 88 sehingga 90 peratus,” tambahnya.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya