Hawana 2023: Media perlu berubah seiring teknologi - Utusan Malaysia

Hawana 2023: Media perlu berubah seiring teknologi

FAHMI Fadzil berucap pada perasmian Forum Media sempena sambutan Hawana 2023 di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Media tradisional tidak mempunyai pilihan selain berubah mengikuti arus perkembangan teknologi berikutan kebangkitan media sosial sebagai sumber utama berita dan hiburan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, media perlu berinovasi dan berubah seperti mengguna pakai teknologi baharu dan menerima platform dalam talian.

Menurutnya, adalah penting bagi media tradisional untuk mempunyai kandungan yang menarik dan penceritaan yang hebat.

Beliau berkata, media tradisional juga perlu bersedia untuk berubah berikutan perubahan yang besar dalam dunia media dan bersedia untuk mengikuti perkembangan semasa sekaligus bersedia untuk mengubah cara pada masa akan datang.

“Anjakan paling ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini ialah kebangkitan media sosial sebagai sumber utama berita dan hiburan.

“Platform dalam talian seperti Facebook, Twitter, Instagram dan kini, TikTok telah menjadi destinasi pilihan ramai orang apabila mereka ingin mengetahui apa yang berlaku di dunia atau mengikuti rancangan kegemaran mereka.

“Peningkatan bilangan platform dalam talian dan memastikan perubahan dalam tabiat pengguna memberi ancaman kepada media tradisional seperti akhbar, radio dan televisyen dalam era media baharu ini di mana kandungan dihantar dan digunakan secara digital.

“Peningkatan bilangan platform dalam talian ini memastikan perubahan dalam tabiat pengguna sekaligus memberi ancaman kepada media tradisional seperti akhbar, radio dan televisyen dalam era media baharu di mana kandungan dihantar dan digunakan secara digital,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Forum Media bertajuk ‘Masa Depan Media’ sempena Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 di Hotel Casuarina @ Meru di sini hari ini.

Katanya, peranan media sosial juga menimbulkan kebimbangan lain seperti penyebaran berita palsu dan maklumat yang salah.

Menurutnya, maka adalah penting bagi media yang bertanggungjawab untuk tidak menjadi ‘mangsa’ fenomena itu yang berlaku di seluruh dunia.

Kata beliau, satu lagi trend yang mungkin boleh lihat pada masa akan datang ialah pertumbuhan berterusan perkhidmatan penstriman.

“Sesetengah perkhidmatan ini telah mengganggu industri televisyen tradisional.

“Ia berkemungkinan berkembang apabila lebih ramai orang memilih untuk memotong kabel dan bergantung pada penstriman untuk keperluan hiburan mereka,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya