KANGAR: Sambutan Hari Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra di sini, semalam menampilkan kelainan tersendiri apabila guru-guru sekolah berkenaan memilih memakai pakaian pelbagai bidang kerjaya bersempena sambutan berkenaan. Bertemakan ‘Sekiranya Aku Bukan Seorang Guru’, sambutan tersebut berlangsung meriah menerusi pengisian pelbagai aktiviti menarik membabitkan pelajar dan guru sekolah berkenaan. Penolong Kanan Pentadbiran SMK Putra, Zulkhibri Hussein berkata, seramai 88 guru sekolah itu mengenakan pelbagai jenis pakaian mengikut tema kerjaya…










