Graduan MSU terima skrol

Graduan MSU terima skrol

TENGKU Sarafudin Badlishah (depan, tengah) berkenan bergambar dengan graduan pada Majlis Konvokesyen MSU Ke-31 di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/ AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 1,532 graduan dari 102 program pengajian menerima skrol masing-masing pada Majlis Konvokesyen Management & Science University (MSU) Ke-31 di Dewan Canselor MSU, Selangor, baru-baru ini.

Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin yang merupakan Canselor MSU berkenan menyempurnakan majlis tersebut melibatkan penerima ijazah doktor falsafah (PhD), sarjana , sarjana muda dan diploma.

Yang hadir sama Presiden MSU, Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid.

Llima kategori anugerah khas kecemerlangan diberikan kepada 40 graduan bagi mengiktiraf pencapaian keseluruhan di samping hadiah sumbangan Yayasan MSU berupa plak, wang tunai serta biasiswa bagi menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi itu.. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya