Geng Ayoi aktif curi motosikal tumpas

Geng Ayoi aktif curi motosikal tumpas

AHMAD Sukarno Mohd Zahari (tengah) menunjukkan rangka motosikal yang ditemukan di Sungai Kampung Mulia, Gombak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menumpaskan satu geng curi motosikal dikenali Ayoi yang aktif susulan penahanan tiga lelaki secara berasingan di Setapak dan Gombak pada 12 Mei lalu.

Kesemua individu yang ditahan itu terdiri mereka berusia 24 hingga 32 tahun.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, sebanyak 26 rangka motosikal dan dua enjin bernilai RM100,000 di Sungai Kampung Mulia, Gombak ditemukan.

Kata beliau, sindiket itu disyaki membuang rangka motosikal ke dalam sungai adalah untuk menghapuskan bukti.

“Hasil semakan nombor casis oleh Forensik Polis Diraja Malaysia, pihaknya telah mengenal pasti 10 rangka motosikal yang dilaporkan hilang di sekitar Lembah Klang.

“Selebihnya tidak dapat dikenal pasti kerana nombor casis tersebut telah dikacau ganggu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil iasatan mendapati modus operandi sindiket itu menyasarkan motosikal jenis Yamaha 125z dan Yamaha LC135. 

“Setelah sesebuah motosikal dikenal pasti, salah seorang daripada suspek akan menggunakan peralatan ‘allen key’ yang diubah suai untuk mencuri motosikal tersebut. 

“Kesemua motosikal yang telah dicuri akan dileraikan terlebih dahulu sebelum ianya dijual kepada individu yang berminat dengan anggaran harga RM2,000 hingga RM5,000 bergantung kepada model sesebuah motosikal,” jelasnya.

Menurutnya, kesemua suspek yang ditangkap mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.

“Kita telah berjaya menyelesaikan sebanyak 23 kes kecurian motosikal, di mana 19 kes dilaporkan di Kuala Lumpur dan empat kes di Selangor.

“Kesemua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN