Fokus kurangkan kes kematian akibat lemas - Utusan Malaysia

Fokus kurangkan kes kematian akibat lemas

AKMAL NASRULLAH Mohd. Nasir (kiri) meneliti peti peralatan keselamatan Life Saving Appliance (LiSA) pada majlis Bengkel dan Persidangan Pembangunan Kapasiti Pencegahan Lemas Negara-Negara Asia Tenggara 2023 di Batu Kawan, Pulau Pinang hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BATU KAWAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memfokuskan keutamaan dalam mengurangkan kadar kematian akibat tragedi lemas di negara ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, dari tahun 2008 sehingga 2022, JBPM merekodkan 1,595 panggilan berhubung kes lemas dengan purata sebanyak 319 panggilan setahun.

Jelas beliau, bagi tempoh sama, jumlah kematian akibat lemas pula direkodkan sebanyak 1,341 mangsa iaitu purata sebanyak 268 kematian setahun.

“Lokasi kematian tertinggi yang direkodkan adalah di kawasan sungai dan tali air,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel dan Persidangan Pembangunan Kapasiti Pencegahan Lemas Negara-Negara Asia Tenggara 2023 di sini hari ini.

Program yang berlangsung selama tiga hari itu membabitkan 255 peserta tempatan dan antarabangsa dari 13 negara luar antaranya Australia, Laos, Singapura, Bangladesh, Indonesia dan Vietnam.

Ia melibatkan sesi perbincangan dan pembentangan yang tertumpu kepada perkongsian pengalaman serta pengetahuan daripada pakar-pakar tempatan dan antarabangsa dalam mengendalikan kejadian lemas di negara masing-masing.

Sementara itu, Akmal Nasrullah berkata, kesedaran umum masyarakat memainkan peranan penting dalam meminimumkan risiko kejadian lemas.

“Bila kita sebut kesedaran untuk untuk elakkan kejadian lemas, di peringkat kerajaan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) misalnya ada menggalakkan latihan berenang membabitkan kumpulan keluarga berpendapatan rendah.

“Bagi pasukan bomba pula, mereka ada inisiatif dan gerakan kempen untuk memberi kesedaran kepada orang awam untuk mencegah tragedi itu meliputi pelbagai segi antaranya kaedah menyelamat, program kesedaran dan sebagainya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya