Enggan dilabel hanya sesuai untuk watak tertentu - Irfan Zaini - Utusan Malaysia

Enggan dilabel hanya sesuai untuk watak tertentu – Irfan Zaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Memiliki wajah persis pelakon Bollywwod, pelakon, Irfan Zaini sedia mengubah penampilan demi memenuhi keperluan watak yang ditawarkan kepadanya.

Kata Irfan, 28, dia tidak mahu terperangkap dengan imej  persis lelaki India atau Pakistan, sebaliknya rela mengubah penampilan untuk membuktikan dia sesuai membawakan watak berlainan.

“Ramai yang berpendapat saya hanya sesuai untuk watak antagonis, watak lelaki India dan Pakistan disebabkan penampilan saya. Saya tak mahu terus dilabel hanya sesuai untuk watak tertentu sahaja.

“Saya perlu mempelbagaikan karakter untuk menggembangkan kerjaya. Itulah cabarannya jika mahu kekal lama dan berjaya dalam industri seni,” katanya.

Irfan menyifatkan dirinya pelakon baharu dalam kalangan peminat drama Melayu meskipun dia memiliki pengalaman 10 tahun dalam dunia lakonan.

Pemilik nama sebenar Muhammad Irfan Mohamed Zaini yang sebelum ini popular dalam kalangan peminat drama dan filem Tamil tempatan berkata, Akira Khan dan Andai Itu Takdirnya merupakan drama yang membuka pintu  untuk dirinya terjun ke dalam pasaran Melayu.

“Saya sering menjadi pelakon tambahan dalam filem dan drama Melayu selepas tamat persekolahan.

“Tetapi rezeki saya tiba selepas 10 tahun mencuba. Bukanlah saya tidak bersyukur dengan industri drama dan filem Tamil tempatan, tetapi saya mahu kerjaya yang lebih berkembang.

“Dalam pasaran Melayu saya masih kerdil dan baharu. Masih banyak yang perlu saya pelajari,” ujarnya.

Dalam pada itu, Irfan mendedahkan pernah mengalami luka dan kecederaan ketika melakukan aksi lagak ngeri untuk sebuah  drama Tamil.

“Saya suka genre aksi, sebab itu saya tidak kisah untuk melakukan sendiri semua babak aksi, rasa lebih berpuas hati,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya