Dua individu bawa dadah lari pemeriksaan polis gagal

Dua individu bawa dadah lari pemeriksaan polis gagal

MOHD. ZAID HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis memberkas dua individu selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan hingga menyebabkan lima kenderaan awam rosak dilanggar kenderaan dinaiki mereka dari Kajang Utama di sini, hingga ke Jalan Persiaran Bandar Baru Bangi, Seksyen 9 dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu turut tular dalam laman sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, ketika kejadian anggota kereta peronda polis terserempak sebuah kereta Proton Satria dinaiki dua individu dalam keadaan mencurigakan di sekitar Kajang. 

Kata beliau, anggota polis bertugas kemudiannya meminta pemandu kereta terbabit memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan namun suspek enggan sebelum memecut laju melalui Jalan Kajang Utama memasuki Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) dan menghala ke Plaza Tol Sungai Ramal sehingga melanggar palang tol.

“Suspek kemudiannya cuba melarikan diri dengan memandu secara melulu melalui Lebuhraya Silk dan masuk semula ke Jalan Ikram Uniten.

“Kereta itu bagaimanapun dapat dihentikan daripada bergerak di kawasan Jalan Persiaran Bandar Baru Bangi, Seksyen 9, dengan bantuan beberapa kenderaan peronda polis lain di kawasan berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Zaid berkata, siasatan yang dilakukan mendapati kereta itu melanggar beberapa kenderaan awam dan sebuah kereta peronda polis.

“Kereta suspek dipandu secara berbahaya dengan memasuki celah antara kenderaan awam sehingga mengalami kemalangan sebelum kenderaan itu berjaya dihentikan.

“Empat anggota polis dari Cawangan Kereta Peronda Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang yang berada di lokasi berjaya memberkas pemandu kereta iaitu seorang wanita dan penumpang lelaki masing-masing berusia 26 dan 38 tahun sejurus kenderaan mereka berjaya dihentikan,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan dilakukan terhadap suspek di lokasi kejadian menemukan beberapa hablur kristal dengan anggaran berat 2.1 gram dipercayai dadah jenis syabu.

“Tangkapan dan rampasan dalam kes itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bandar Bangi untuk tindakan lanjut.

“Ujian saringan awal air kencing yang dilakukan terhadap kedua suspek mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine,” jelasnya.

Tambah beliau, semakan dilakukan mendapati kedua-dua suspek berkenaan masing-masing mempunyai dua dan empat rekod berkaitan dadah.

“Kedua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 24 Mei nanti untuk siasatan lanjut.

“Tiga kertas siasatan dibuka berkaitan kejadian itu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Selain itu, siasatan polis turut dijalankan di atas kesalahan memiliki dadah dan memasukkan dadah dalam badan mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15(1)(a) akta sama serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya