Cuaca panas: Tiada hasrat umum darurat buat masa ini 

Cuaca panas: Tiada hasrat umum darurat buat masa ini 

AHMAD Zahid Hamidi ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Bil 1 Tahun 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan belum berhasrat mengisytiharkan darurat susulan cuaca panas melampau yang melanda negara ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu belum diputuskan namun kerajaan sudah bersedia jika situasi bertambah buruk.

Beliau berkata, kerajaan sedang memantau perkembangan cuaca ketika ini yang jika ada keperluan, darurat akan diisytiharkan.

“Buat masa ini, belum lagi (umum darurat) tapi kita sudah sedia. Kita akan gunakan Arahan No 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melaksana langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Bilangan 1/2023 di sini, hari ini.

Ditanya jika cuaca panas mencecah 40 darjah Celsius, Ahmad Zahid berkata, kerajaan akan mengaktifkan segera Arahan No 20 MKN.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kerajaan juga mengarahkan supaya operasi pembenihan awan dilaksanakan dengan kadar segera.

Menurutnya, beliau sendiri akan turun padang ke Sungai Muda dan Sungai Kedah hari ini bagi melihat sendiri operasi itu.

“Operasi pembenihan awan akan dilakukan dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Operasi itu akan menumpukan kepada tujuh empangan air yang dijangka menunjukkan penurunan paras air iaitu Sungai Muda, Sungai Kedah, Sungai Melaka, Sungai Kelantan, Sungai Klang, Sungai Bernam dan Sungai Similajau,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid berkata, mesyuarat turut memutuskan supaya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersiap sedia dengan pengagihan air minuman sebagai persiapan awal berdepan cuaca panas ini. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.