Cuaca panas: Satu jamin bekalan air tidak terjejas  - Utusan Malaysia

Cuaca panas: Satu jamin bekalan air tidak terjejas 

ABDUL Karim Endut (kanan) meninjau proses rawatan air ketika melawat LRA Kepong 2 di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Syarikat Air Terengganu (Satu) memberi jaminan bekalan air bersih di seluruh negeri itu tidak terjejas walaupun berdepan cuaca panas. sehingga Ogos ini.  

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Abdul Karim Endut berkata, sebanyak 15 loji rawatan air (LRA) di negeri itu yang berupaya membekalkan air sebanyak 1,041 juta liter sehari mampu menampung lebih 360,000 akaun pengguna di negeri ini.

Menurutnya, setakat ini, jumlah pengeluaran air di kesemua LRA itu mencecah lebih 811 juta liter sehari iaitu meningkat berbanding 720 juta liter sehari pada tahun lalu.

Katanya, jumlah simpanan air yang direkodkan pula sebanyak 200 juta liter.

“Terengganu dianugerahkan sungai yang besar untuk bekalan air mentah dan jika ada kemungkinan ia kering, kami akan mendapatkan bekalan air tambahan dari Empangan Kenyir.

“Dalam sejarah negeri Terengganu, belum ada lagi kejadian bekalan air terjejas disebabkan air sungai kering pada musim kemarau,”  katanya selepas melawat LRA Kepong 2 dan muka sauk di Kampung Pulau Musang di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Abdul Karim berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku gangguan bekalan air dalam tempoh tersebut tetapi bukan disebabkan air sungai kering.

Sebaliknya, katanya, gangguan bekalan air itu berpunca daripada paip pecah dan kerja-kerja penyelenggaraan di LRA.

Beliau memberitahu, jumlah pengguna air per individu di Terengganu juga merupakan antara tertinggi dicatatkan di negara ini iaitu sebanyak 260 liter sehari, melebihi purata nasional iaitu 240 liter.

“Pada musim kemarau ini, orang ramai dinasihatkan dapat menggunakan air secara berhemah untuk mengelakkan berlaku kekurangan bekalan air pada musim kemarau ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya