Buruh direman tiga hari bergaduh dengan ibu mentua - Utusan Malaysia

Buruh direman tiga hari bergaduh dengan ibu mentua

SUSPEK (dua, kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kemaman, selepas mendapat perintah reman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang buruh kelapa sawit yang disyaki melanggar seorang anggota polis wanita, kembali ditahan reman hari ini bagi membantu siasatan kes pergaduhan dengan ibu mentuanya di Jalan Dato’, Cukai di sini pada 30 April lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, perintah reman selama tiga hari sehingga Ahad ini dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin.

“Perintah reman ini dibenarkan Majistret bagi membolehkan pegawai penyiasat jabatan siasatan jenayah melakukan siasatan selepas suspek dikatakan mengetuk kenderaan ibu mentuanya menggunakan kayu sebelum insiden dia melanggar sarjan wanita,” katanya. 

Hanyan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana ugutan jenayah. 

Terdahulu, suspek berusia 51 tahun itu ditahan reman selama empat hari sehingga semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi pada 30 April, suspek yang memandu Proton Saga terlanggar anggota polis, Sarjan Marina Ahmad, di Jalan Dato’, Chukai di sini ketika sedang memotong kenderaan ibu mertuanya yang berusia 69 tahun selepas timbul pergaduhan melibatkan harta antara dia dan ibu mentuanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya