Boleh ‘gerak’ dua-dua: Ashmirul fokus nyanyian, lakonan - Utusan Malaysia

Boleh ‘gerak’ dua-dua: Ashmirul fokus nyanyian, lakonan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDUSTRI seni menyaksikan kemunculan pelapis yang mahu menyanyi dan pada masa sama, berlakon. Situasi ini menimbulkan tanda tanya, di mana fokus sebenar mereka?

Zaman dahulu bukan tidak ada, tetapi bukan semua yang fokus mereka terarah sepenuhnya kepada dua bidang dalam satu masa.

Dikhuatiri hujungnya bertukar seperti pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Bagi pendatang baharu, Amirul Ashraff Shafaruddin, 22, perkara itu terpulang kepada tuan punya badan. Tepuk dada tanya selera.

Katanya, tidak mustahil seorang artis berkembang sebagai penyanyi dan pelakon dalam satu masa jika ada perancangan yang betul bagi kedua-duanya.

“Ada yang minat menyanyi, ada berlakon. Ada juga kedua-duanya. Saya jatuh pada kategori ketiga. Boleh ‘gerak’ dua-dua.

“Tiada istilah hilang fokus bagi saya. Minat saya kepada dua bidang itu. Saya berkebolehan menyanyi. Pada masa sama, suka beraksi depan kamera, adakalanya juga bercakap seorang diri depan cermin.

“Kalau minat, tak ada masalah. Dua bidang boleh bergerak seiring asalkan tahu menguruskannya dengan bijak,” katanya kepada Pancaindera.

Mesra dengan panggilan Ashmirul, anak kelahiran Hulu Langat Selangor ini merupakan graduan Universiti Teknologi Mara dalam bidang Muzik.

Katanya, dia tidak mahu mensia-siakan pendidikan yang ada dan mungkin satu hari nanti mahu menjadi pengajar dalam bidang vokal.

“Memang asalnya nak jadi cikgu. Bahkan selepas tamat pengajian di UiTM, saya sepatutnya sambung pula ke Universiti Perguruan Sultan Idris.

“Tapi saya pilih untuk bekerja dahulu sebagai penyanyi. Mungkin buat masa ini saya boleh ajar vokal kepada mereka yang berminat, sambil saya mencipta kerjaya sebagai penyanyi,” kongsinya.

SEDIA BERSAING

Bukan mudah untuk kekal dalam industri seni tempatan kerana lambakan bakat-bakat baharu selain kehadiran bakat lama sedia ada.

Bagi Ashmirul, persaingan bukan penghalang. Yang menentukan adalah usaha dan kemahuan yang perlu sentiasa ‘ditajamkan’.

“Nak bertahan kena terus aktif dan berkembang. Saya pastikan lagu Tunggu bukan single pertama dan terakhir saya, akan ada kesinambungannya.

“Saya sedar pesaing ramai. Saya kena percaya saya lain daripada mereka. Saya tak mahu disamakan. Saya ada cara sendiri.

“Apa pun, kena ada keberkatan. Nak maju, kena rendah diri, jangan sombong dan hormat orang lain. Insya-Allah, boleh berjaya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya