Bergaduh dengan peminat, bapa Haaland dihalau di Bernabeu

Bergaduh dengan peminat, bapa Haaland dihalau di Bernabeu

INSIDEN bapa Erling Haaland, Alf-Inge dihalau dari tempat duduk VIP di Santiago Bernabeu, Madrid semalam tular di media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Bapa bintang Manchester City, Erling Haaland dihalau dari Stadium Santiago Bernabeu ketika menonton anaknya menentang Real ­Madrid pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara semalam.

Insiden Alf-Inge dihalau tular di media sosial, malah penyokong turut berkongsi ­vi­deo dia meninggalkan tempat duduk tetamu terhormat (VIP) bersama beberapa individu lain sambil diiringi pihak keselamatan stadium.

Tindakan tersebut terpaksa dilakukan oleh pihak keselamatan selepas Alf-Inge yang juga bekas pemain City didakwa melempar makanan, selain melakukan provokasi terhadap penyokong pasukan tuan rumah.

Sepanjang dalam perjalanan keluar dari stadium, Alf-Inge bersama beberapa individu lain dipercayai rakan kepada bapa penyerang City itu turut kelihatan bertikam lidah dan meneruskan provokasi terhadap penyokong Real.

Alf-Inge memang se­ring menghadiri perlawanan-­per­lawanan membabitkan anak­nya bersama City.

Dia juga sering dilihat me­raikan setiap jaringan Haaland dengan penuh semangat, namun bagi sesetengah pihak, tindakan Alf-Inge dianggap melampau dan berbentuk provokasi.

Walaupun tempat duduk VIP di Santiago Bernabeu riuh disebabkan bapanya tetapi aksi Haaland di atas padang kurang memberi impak sepanjang 90 minit perlawanan.

Penjaring terbanyak Liga Juara-Juara musim ini itu ­hanya menyentuh bola seba­nyak 21 kali.

Jumlah tersebut lebih se­dikit berbanding sentuhan yang dilakukan kedua-dua penjaga gol, Thibaut Courtois (49 sentuhan) dan Ederson (49 sentuhan). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN