Bekas chef Istana Syarqiyyah raih pingat emas WCC

Bekas chef Istana Syarqiyyah raih pingat emas WCC-Pasta Challenge

NAZRUL Hazel Mohd. Nor bergambar kenangan selepas dinobatkan juara kategori pasta pada Kejohanan WCC di Johor Bahru baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang bekas chef yang pernah berkhid­mat di Istana Syarqiyyah di sini berjaya mengharumkan nama Terengganu apabila meraih pingat emas dalam kejohanan World Chef Championship (WCC­-Pasta Chal­lenge), baru-baru ini.

Nazrul Hazel Mohd. Nor, 42, berkata, dia bersaing dengan 18 peserta dari negara lain dalam kejohanan WCC yang berlangsung selama tiga hari bermula 18 hingga 20 lalu Mei di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru.

Dia yang kini bertugas sebagai Pembantu Tadbir dan Pembantu Penyediaan Makanan di Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu menyifatkan kemenangan itu sebagai detik paling manis dalam kerjayanya selama ini.

“Saya menggunakan dua warna pasta berbeza iaitu ku­ning dan hitam bagi menampakkan kelainan dan tarikan terhadap pasta itu.

“Selain itu, saya tambahkan juga makanan laut dan sayur-sayuran untuk mempelbagaikan warna agar ia nampak lebih berkhasiat dan menyelerakan.

“Alhamdulillah, kelainan yang saya tampilkan dari aspek hidangan, penyediaan dan persembahan pasta berjaya menambat hati juri untuk memilih saya sebagai juara kate­gori pasta dalam kejohanan itu,” kata­nya ketika dihubungi, semalam.

Nazrul Hazel memberitahu, pe­ngalamannya bekerja di beberapa buah hotel terkemuka selama ini banyak membantunya dalam mencari idea baharu untuk melakukan pelbagai inovasi dan lebih kreatif dalam masakan.

“Contohnya, resipi pasta yang saya hasilkan di kejohanan itu adalah melalui ilham ketika berada di Itali iaitu sewaktu lawatan kerja kira-kira 10 tahun lepas.

“Kemenangan ini akan me­ningkatkan lagi motivasi saya untuk terus melakukan yang terbaik dalam karier pada masa akan datang,” katanya.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN