GUA MUSANG: Dianggarkan 500 penduduk Kampung Pasir Linggi dan Kampung Machang di Pos Lebir di sini berdepan dengan masalah bekalan air terputus akibat cuaca panas sejak tiga minggu lalu. Menurut penduduk, masalah bekalan air semakin meruncing apabila takungan air tandak atau air tadahan bukit yang menyalurkan air ke rumah penduduk tidak mampu menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah. Seorang penduduk, Amoi Latif, 55, berkata, cuaca panas menyebabkan air sungai semakin…










