Bapa tidak sangka hilang dua anak serentak 

Bapa tidak sangka hilang dua anak serentak 

MOHD. Husaini Amir (kiri) dan Muhammad Amirul Syafiq terkorban dalam kemalangan di Kilometer 257.4, Lebuhraya Utara Selatan dekat Senawang, Negeri Sembilan, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: “Saya akan merindui celoteh dua anak lelaki saya itu yang menjadi rutin harian mereka membuat panggilan video setiap hari.” 

Itulah luahan Harun Ismail, 68, bapa kepada Mohd. Husaini Amir, 29, dan Muhammad Amirul Syafiq, 25, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 257.4, Lebuhraya Utara Selatan dekat Senawang, Negeri Sembilan, semalam.

Menurutnya, pada malam sebelum hari kejadian, kedua-dua anaknya itu membuat panggilan video dan memberitahu mereka akan keluar bekerja awal pagi pada hari kejadian itu.

“Dalam panggilan malam itu (Khamis), mereka memberitahu akan keluar bekerja awal pagi keesokannya (Jumaat).

“Sebab itu,  pada awalnya, saya tidak percaya apabila dimaklumkan oleh ahli keluarga mengenai dua anak saya meninggal dunia dalam kemalangan,” katanya ketika ditemui di selepas pengkebumian dua beradik itu di  Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Tunggal, di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 7.05 pagi Jumaat, dua beradik itu maut selepas motosikal mereka merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 257.4, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Senawang.

Mohd. Husaini Amir dan Muhammad Amirul Syafiq yang bekerja sebagai operator kren ketika itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Seri Kembangan, Selangor ke tempat kerja di Senawang.

Selain itu, menurut Harun,  kedua-dua anaknya itu juga tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap sebelum kemalangan tersebut.

“Pada malam sebelum kejadian, ketika membuat panggilan video, mereka tetap ceria seperti biasa,” ujarnya

Tambahnya, dia juga tidak menyangka kedua-dua anak saya itu meninggal dunia selepas hampir genap dua tahun selepas ibu mereka meninggal dunia.

“Pada 7 Mei, genap dua tahun ibu mereka meninggal dunia, saya tidak sangka giliran anak-anak pula. Namun kami sekeluarga reda kerana Tuhan lebih sayangkan mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya