Anwar zahir ucapan tahniah kepada Erdogan

Anwar zahir ucapan tahniah kepada Erdogan

ANWAR Ibrahim ketika tiba di Turkiye Presidential Complex, Bestepe untuk bertemu dengan Recep Tayyip Erdogan di Ankara, Turkiye, pada 15 Februari 2023. - SADIQ ASYRAF/PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan kerana berjaya dipilih semula sebagai Presiden Republik Turkiye. 

Menurut Anwar, Malaysia yakin Turkiye akan terus memainkan peranan yang konstruktif sebagai pemain serantau dan juga di peringkat global. 

“Putrajaya dengan penuh harapan menantikan kerjasama yang lebih rapat dengan Ankara menerusi usaha dan upaya kita meningkatkan hubungan dua hala yang sudah terlengkap dengan baik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Terdahulu, Utusan Online melaporkan, Erdogan menang pusingan kedua Pilihan Raya Presiden Turkiye semalam, sekali gus melanjutkan lagi pemerintahannya selama lima tahun di negara itu menuju dua dekad. 

Pemimpin berusia 69 tahun itu mengatasi krisis ekonomi terburuk Turkiye dalam satu generasi dan pakatan pembangkang paling kuat yang pernah dihadapi parti berteraskan Islam pimpinannya untuk memenangi pilihan raya paling sukar itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya