Brazil hilang Raphinha, Neymar dijangka kembali beraksi

Brazil hilang Raphinha, Neymar dijangka kembali beraksi

Raphinha (kiri) diasak pemain Haiti ketika kedua-dua pasukan itu bertemu pada Sabtu lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BASKING RIDGE: Brazil perlu segera mencari penyelesaian selepas kehilangan tonggak serangan, Raphinha yang mengalami kecederaan paha kanan ketika aksi Kumpulan C Piala Dunia, Sabtu lalu.

Pemain tengah Brazil, Lucas Paqueta berkata, ketiadaan pemain sayap Barcelona itu amat dirasai namun pasukan negara itu perlu segera menyusun semula strategi menjelang perlawanan terakhir kumpulan menentang Scotland.

Raphinha, 29, mengalami kecederaan ketika membantu Brazil menewaskan Haiti 3-0 di Philadelphia apabila dia terpaksa dikeluarkan sebelum tamat separuh masa pertama.

Dia kini sedang menjalani rawatan intensif dan dijangka terlepas aksi seterusnya.

Kami semua sedih, terutama Rafa, kerana sedikit kemunduran akibat kecederaan ini, tetapi dia boleh mengharapkan sokongan kami semua. Kami semua berada di sisinya.

“Dia seorang yang berdedikasi dan saya pasti dia akan melakukan segala yang mungkin dan tidak mungkin untuk kembali secepat mungkin.

“Tetapi dari segi betapa pentingnya dia, saya rasa saya tidak perlu berkata apa-apa lagi.

“Dia telah melalui beberapa musim yang luar biasa dan semakin baik untuk pasukan kebangsaan, jadi saya rasa apabila mana-mana pemain sepenting itu tiada, anda perlu menyusun semula dengan cepat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, peluang untuk Neymar kembali beraksi semakin cerah selepas pulih daripada kecederaan yang menghalangnya beraksi pada kejohanan kali ini.

Penyerang berpengalaman itu dijangka diturunkan ketika menentang Scotland, sekali gus mencatat penampilan pertama bersama Brazil sejak Oktober 2023.

Brazil kini mengumpul empat mata daripada dua perlawanan dan hanya memerlukan keputusan seri bagi memastikan tempat ke peringkat 32 terbaik dalam kejohanan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN