Anwar: The Untold Story ringkas tapi tepat - Utusan Malaysia

Anwar: The Untold Story ringkas tapi tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Babak yang mempamerkan perbualan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diringkaskan namun tepat.

Ketika sesi sidang media tayangan perdana Anwar: The Untold Story, Anwar berkata beliau sukar menggambarkan perasaannya selepas menonton filem itu buat pertama kali malam tadi.

Jelasnya, walaupun penceritaan filem tersebut tepat namun beliau mengakui adanya babak yang dihidup itu mahu dilupakan.

“Saya menonton filem ini dan sudah tentu kisah yang berpuluh tahun apabila diringkaskan dalam masa 1 jam 40 minit tiada akan 100 peratus sama.

“Ini kali pertama saya menonton filem ini walaupun ia menceritakan mengenai saya. Mengenai perasaan saya berkaitan filem ini, ada memori yang kita hendak lupakan,” katanya di Pavilion Kuala Lumpur.

Filem Anwar: The Untold Story akan mula ditayangkan kepada umum di lebih 140 pawagam bermula 18 Mei ini. Tiket juga akan mula dijual dalam beberapa hari lagi.

Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau tidak akan membantah sebarang babak dalam filem tersebut walaupun menyebut mengenai ahli keluarganya sendiri.

“Perlu ada kebebasan untuk berkarya bagi penggiat seni jadi meskipun adanya babak-babak yang saya tidak bersetuju kerana menyentuh soal keluarga saya sendiri.

“Soal keluarga itu, nanti saya pujuklah mereka seperti ada babak menceritakan mengenai adik saya, Allahyarham Rosli Ibrahim tetapi tidak mengapa kerana perlu ada keterbukaan dalam hal ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya