Anwar cabar pembangkang buktikan ada sokongan di Parlimen

Anwar cabar pembangkang buktikan mereka ada sokongan di Parlimen

ANWAR Ibrahim beramah-mesra dengan orang ramai yang menghadiri majlis sambutan Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pembangkang membuktikan bahawa mereka mempunyai majoriti yang cukup untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan pada sidang Parlimen yang dijadualkan hujung Mei ini.

Tegasnya, beliau bukan Perdana Menteri yang akan mengelak untuk berdepan dan berentap berhubung keabsahan itu di Parlimen seperti yang dilakukan Perdana Menteri sebelum ini yang memilih mengisytihar darurat dan menangguhkan sidang Parlimen.

“Dengan kenyataan ini, saya harap dimatikan segala kenyataan yang merosakkan dan mengganggu-gugat kestabilan negara.

“Saya mahu jelaskan ini untuk mematikan (spekulasi) ini kerana desas-desus ini tidak menguntungkan, kerana kalau benar ada angka, jangan mengganggu, jangan persulitkan rakyat.

“Cari Ahli Parlimen yang sokong mereka (PN), bawa usul dan saya tidak akan mengelak daripada membentangkan usul undi percaya atau tidak.

“Tetapi syaratnya biarlah ini yang terakhir supaya kita boleh tumpukan perhatian untuk membangunkan negara,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri di UiTM Permatang Pauh, di sini hari ini.

Anwar mengulas mengenai desas-desus yang semakin hangat diperkatakan di dalam media sosial ketika ini berhubung kemungkinan Kerajaan Perpaduan pimpinannya akan hilang majoriti seterusnya ditumbangkan.

Sementara itu, Anwar mengulangi keyakinan Kerajaan Perpaduan yang didokong oleh kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) ketika ini mempunyai sokongan ampuh daripada 148 Ahli Parlimen.

Sehubungan itu, beliau menggesa spekulasi dan desas-desus pertukaran kerajaan tersebut dihentikan selepas pembangkang diberi peluang mencabarnya di Parlimen supaya kerajaan dapat menumpukan kepada usaha membangunkan negara.

“Sekarang hasil negara bertambah, pelaburan dari China, India, Amerika Syarikat (AS) dan Australia melonjak naik kerana keyakinan pelabur terhadap Kerajan Perpaduan yang stabil di negara ini, jadi jangan sabotaj dan cuba ganggu-gugat tanpa tolak ansur apabila kita sudah beri ruang (di Parlimen),”katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya