Akta pembayaran cukai waris kekal

Akta pembayaran cukai waris kekal

AHMAD Maslan menyampaikan hadiah Sayembara Penulisan Puisi sempena Sambutan Hari Raya anjuran Persatuan Penulis Johor (PPJ) di Rumah Citra Benut, Pontian, Johor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kerajaan tidak bercadang untuk melakukan sebarang pindaan berhubung pembayaran tunggakan cukai pendapatan bagi pembayar cukai yang telah meninggal dunia.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, terdapat kebimbangan jika akta dipinda kepada pewaris atau pentadbir harta, ia akan menurunkan motivasi untuk membayarkan cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Katanya, setakat ini akta sedia ada dikekalkan, belum ada sebarang pindaaan kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab tidak membayar cukai dan hanya menunggu meninggal dunia.

“Perkara itu sudah ada dalam Akta LHDN tetapi LHDN memaklumkan kepada jumlah yang dikenakan kepada pendapatan sehingga kematian yang perlu dicukaikan. Oleh itu, jika mempunyai keupayaan hasil daripada harta si mati eloklah bayar cukai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Penulis Johor (PPJ) di Rumah Citra Sri Pinang, di sini, hari ini.

Pada Rabu lalu, media melaporkan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat bagi membincangkan isu pembayaran tunggakan cukai pendapatan pembayar cukai yang meninggal dunia.

Mesyuarat berkenaan bagi mencari kesepakatan susulan pandangan berbeza mufti dalam konteks syarak, berhubung undang-undang menuntut wakil sah atau pentadbir harta pusaka pembayar cukai yang meninggal dunia, membayar tunggakan cukai ditinggalkan si mati.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Dr. Mohd. Nizom Sairi berkata, waris bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang komitmen si mati, termasuk pengurusan cukai pendapatan.

Seksyen 74 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) menetapkan sebarang tunggakan cukai pendapatan tidak boleh dihapuskan secara automatik walaupun individu terbabit disahkan meninggal dunia.

Sebaliknya, surat rasmi akan dihantar kepada wakil sah atau pentadbir harta pusaka si mati bagi menuntut mereka melunaskan tunggakan cukai pendapatan yang hanya akan dihapus kira selepas suatu tempoh apabila semua prosedur berkenaan dilaksanakan.

Mengikut Seksyen 74 ACP 1967, waris atau wasi boleh dikenakan taksiran cukai seperti taksiran dikenakan ke atas si mati, termasuk menguruskan sebarang tunggakan atau lebihan cukai si mati. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.