5 ditahan bersabit kes pemerasan simbah cat, asid - Utusan Malaysia

5 ditahan bersabit kes pemerasan simbah cat, asid

KHAW KOK CHIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SAFINA RAMLI / pix IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang berjaya menyelesaikan kes pemerasan dan menyimbah asid serta cat membabitkan premis-premis menjual kenderaan terpakai serta kenderaan baharu di kawasan Timur Laut dan Barat Daya selepas menahan lima suspek semalam.

Kesemua suspek lelaki itu berjaya ditahan dalam tempoh tiga hari selepas polis menubuhkan ‘task force’ khusus untuk menyelesaikan kes tersebut.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, kelima-lima suspek berusia 26 hingga 63 itu ditahan kira-kira pukul 5.15 petang semalam hingga 3 pagi tadi, di kawasan berasingan di Bayan Baru dan George Town.

”Dengan tertangkapnya kesemua suspek, polis berjaya menyelesaikan 15 kes pemerasan dan simbah cat asid melibatkan premis menjual kenderaan, iaitu 12 kes di Timur Laut dan tiga kes di Barat Daya.

“Kesemua suspek ini tidak bekerja dan polis masih mencari suspek lain yang mungkin terlibat dalam kes ini,” katanya selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan dan amanat Ketua Polis Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Menurut Kok Chin, daripada siasatan lanjut, polis mendapati suspek yang berusia 36 tahun bertindak menyimbah cat dan asid ke premis-premis terlibat.

Katanya, suspek itu mempunyai hutang dengan ah long dan memerlukan wang untuk membayar hutang tersebut.

“Suspek-suspek lain didapati bersubahat dengan suspek yang menyimbah cat serta asid ini dan mereka didapati saling mengenali dan kita percaya ada suspek-suspek lain di belakang mereka,” katanya.

”Secara keseluruhan sebanyak 43 kereta dan 18 motosikal pelbagai jenama telah mengalami kerosakan dan anggaran kerugian adalah RM60,000,” katanya.

Kok Chin berkata, hasil saringan awal polis ke atas suspek didapati negatif dan bebas daripada sebarang jenis dadah, namun salah seorang suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau melibatkan kes jenayah dan dadah.

“Polis turut merampas empat telefon bimbit dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kesalahan khianat dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya