ALOR GAJAH: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Melaka akan mengadakan operasi besar-besaran mengesan majikan yang belum mendaftarkan pekerjanya bermula Julai ini. Pengarah Perkeso negeri, Abd. Razak Omar berkata, seramai 80 anggota dikerahkan mengesan sekitar 100 syarikat yang masih berdegil tidak mahu mencarum dengan agensi berkenaan. Katanya, hasil pemerhatian yang dijalankan menganggarkan sebanyak 18 peratus majikan di negeri ini belum berbuat demikian. “Begitupun, sepanjang tempoh Mei hingga Jun ini, Perkeso melaksanakan bulan pemutihan bagi memberi lebih peluang dan ruang kepada majikan untuk mendaftarkan pekerja mereka secara sukarela. “Selepas tamat tempoh bulan pemutihan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya