Zambry terima memo isu Palestin daripada Pemuda UMNO

Zambry terima memo isu Palestin daripada Pemuda UMNO

MUHAMAD Akmal Saleh ketika menyerahkan memorandum Pemuda UMNO berhubung isu Palestin di Wisma Putra, Putrajaya. - FOTO IHSAN WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengambil maklum segala usul yang dibawa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengenai isu Palestin.

Malahan, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada sayap parti berkenaan sentiasa cakna dengan isu tersebut dan mengulangi pendirian tetap kerajaan menentang keras sebarang keganasan dan kekejaman rejim Zionis yang seperti tiada kesudahan.

“Bahkan sekali lagi, saya ingin menegaskan bahawa Malaysia sentiasa konsisten dalam memperjuangkan setiap hak rakyat Palestin berpaksikan atas keadilan sejagat,” katanya selepas mengesahkan menerima memorandum tersebut yang diterima daripada Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Rabu lalu, askar Israel menceroboh dan menyerang jemaah di Masjid Al-Aqsa sekali gus menyaksikan pasukan keselamatan rejim Zionis bertindak keterlaluan memukul dan menahan 400 jemaah konon dianggap sebagai pemberontak.

Susulan kejadian itu, kerajaan Malaysia dan beberapa negara Islam serta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam keras perlakuan berkenaan yang tiada belas ihsan.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, beliau amat berharap masyarakat antarabangsa dapat merungkai suatu penyelesaian yang berkekalan serta membela nasib rakyat Palestin.

“Seperti sebelum ini, saya juga telah beberapa kali bercakap mengenai isu ini termasuk sesi wawancara dengan pihak stesen penyiaran antarabangsa Al-Jazeera,” tambahnya.

Malaysia ujarnya, konsisten mengutuk tindakan tentera Israel yang jelas menyalahi undang-undang dengan mencabuli hak asasi manusia serta mencemarkan kesucian Al-Aqsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya