Waktu operasi LRT, MRT, Monorail dilanjut hingga 1.30 pagi - Utusan Malaysia

Waktu operasi LRT, MRT, Monorail dilanjut hingga 1.30 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Waktu operasi tren Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel di beberapa stesen terpilih akan dilanjutkan sehingga pukul 1.30 pagi, pada Sabtu ini.

Menurut pengendali sistem rel transit di Lembah Klang, Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail), keputusan itu diambil bagi memenuhi keperluan warga kota yang ingin membuat persiapan akhir untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, stesen LRT, MRT dan Monorel yang akan dilanjutkan perkhidmatan ialah LRT Laluan Kelana Jaya membabitkan stesen Masjid Jamek dan KLCC; LRT Laluan Ampang / Sri Petaling di Masjid Jamek; MRT Laluan Kajang, stesen Bukit Bintang dan Laluan Monorel pula stesen Bukit Bintang, Raja Chulan, Medan Tunku dan Chow Kit.

“Stesen-stesen sambungan akan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir manakala stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, tetapi penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

“Penumpang juga diminta menggunakan kad Touch ‘N Go atau membeli token perjalanan pulang lebih awal untuk memudahkan perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Rapid Rail berkata, perkhidmatan bas perantara LRT 11 juga turut dilanjutkan sehingga pukul 1.30 pagi berikutan penutupan enam stesen LRT Laluan Ampang/Sri Petang.

Katanya, ia bagi membolehkan pengguna mengakses ke stesen-stesen berkenaan.

“Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan ketika menggunakan pengangkutan awam.

“Warga kota disaran menggunakan pengangkutan awam pada hujung minggu ini bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di dalam pusat bandar,” katanya.

Orang ramai boleh mengikuti Twitter dan Facebook MyRapidKL atau melayari laman web: www.myrapid.com.my untuk maklumat lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.