Unimap, UMS tandatangani LOI kembangkan kerjasama dua pihak - Utusan Malaysia

Unimap, UMS tandatangani LOI kembangkan kerjasama dua pihak

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kiri) berkenan turun padang bagi merasmikan Perpustakaan Fakulti Pertanian Lestari UMS di Kampus Sandakan, baru-baru ini. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menandatangani surat niat (LOI) bagi mengembangkan kerjasama antara dua pihak dalam bidang pertanian serta agroteknologi lestari.

Surat niat itu ditandatangani oleh Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor dan Naib Canselor Unimap, Prof. Dr Zaliman Sauli.

Majlis menandatangani LOI itu turut disaksikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Canselor Unimap.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, UMS sebelum ini ditubuhkan hasil inspirasi pemimpin terdahulu dan impian rakyat negeri Sabah bagi mencerminkan keinginan yang tinggi untuk memacu kecemerlangan ilmu dalam merubah kehidupan rakyat.

“Berpaksikan motto ‘Bertekad Cemerlang’, UMS menerusi slogan ‘Leading Towards Innovative Societies’ telah menjadikannya sebagai sebuah agenda besar dan penting.

“Dalam merealisasikan slogan ini, UMS telah mewujudkan makmal hidup atau living lab yang berfungsi menjadi pusat penyelidikan dan pembelajaran yang memanfaatkan pelajar, penyelidik dan juga komuniti,” titah baginda sewaktu berkenan merasmikan Perpustakaan Fakulti Pertanian Lestari UMS di Kampus Sandakan, baru-baru ini.

Keberangkatan baginda adalah bersempena dengan Program Titian Kasih 2023 Peringkat UMS Cawangan Sabah yang dianjurkan secara bersama oleh universiti berkenaan dengan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Dalam majlis sama, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyaksikan penyerahan sumbangan rakan-rakan strategik YTSP Perlis kepada UMS.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, baginda turut menyokong usaha UMS bagi membangunkan sebuah Kompleks Simulasi Bencana sebagai Pusat Latihan Perubatan Bencana yang mampu bertindak sebagai living-lab bagi memanfaatkan semua perihal berkenaan bencana alam.

Titah baginda, inisiatif ini dilaksanakan susulan beberapa kejadian bencana dan malapetaka dalam negara seperti gempa bumi atau tanah runtuh di Sabah.

“Ia adalah sebagai pelaksanaan Rural Medicine Research Lab di Pusat Pendidikan Perubatan Desa (RMEC) sekitar daerah Kudat.

“Living lab ini dilaksanakan dengan kerjasama Nagasaki University dalam bidang Sains Kritikal seperti Pengurusan Bencana dan Sains Kesihatan Luar Bandar (tropical diseases),” titah baginda. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya