Umur pelakon bukan isu, pengarah kena bijak – Yusof Haslam - Utusan Malaysia

Umur pelakon bukan isu, pengarah kena bijak – Yusof Haslam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam menempelak mana-mana pihak yang menidakkan peranan pelakon berusia lebih-lebih lagi dalam filem bergenre aksi.

Katanya, pelakon, pada apa usia sekalipun tetap penting dan mempunyai kemampuan tersendiri untuk menjayakan babak filem, tidak kira lasak atau pun tidak.

“Contoh seperti pelakon antarabangsa, Roger Moore yang membintangi ketujuh-tujuh filem James Bond ketika usianya menjangkau 50 tahun.

“Beliau membuktikan pelakon, pada apa usia sekalipun, tetap mampu menjayakan babak aksi. Selagi wujud pengarah yang bijak, selagi itu mereka tidak perlu risau dengan nasib dalam dunia lakonan,” katanya.

Kata Yusof lagi, isu yang perlu dibangkitkan bukan usia pelakon, sebaliknya kreativiti dan kebijaksanaan pengarah dalam menggarap sesuatu babak dalam filem atau drama.

“Satu lagi contoh, pelakon Sylvester Stallone yang akan tampil dalam filem Rambo 6: New Blood. Berdasarkan treler filem berkenaan, Stallone yang kini berusia 76 tahun dilihat masih berkemampuan untuk melakukan babak aksi dan mencabar.

“Di situ kita lihat kredibiliti pengarahnya yang cukup kreatif dan bijak bermain sisi kamera selain menggunakan pelakon lagak ngeri untuk menggantikan Stallone bagi mana-mana babak aksi yang terlalu mencabar buat pelakon tersebut,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.