UMNO Sabah teliti rakan kerjasama menjelang PRN-Bung Moktar

UMNO Sabah teliti rakan kerjasama menjelang PRN-Bung Moktar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: UMNO Sabah akan mengkaji secara teliti rakan kerjasama yang akan dipilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan dalam tempoh dua tahun lagi.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, UMNO Sabah akan mengadakan mesyuarat biro politik bagi mengkaji rakan yang boleh membawa impak dan membantu UMNO menang pada PRN Sabah yang akan datang.

Beliau berkata, mana-mana parti yang boleh membawa kemenangan kepada UMNO akan diberi pertimbangan termasuklah Parti Warisan (Warisan) yang sebelum ini telah menyatakan hasrat ingin bekerjasama dengan UMNO Sabah.

Dalam pada itu, beliau berkata, kepimpinan baharu UMNO Sabah yang diterajui olehnya dan Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dilihat mampu membawa kemenangan kepada UMNO pada pilihan raya yang akan datang.

Beliau berkata, Abdul Rahman Dahlan adalah orang lama di dalam parti maka, kombinasi kedua-dua mereka akan menjadi pemangkin lebih baik untuk memastikan UMNO terus kekal relevan.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, perubahan yang berlaku di dalam kepimpinan UMNO Sabah ini diyakini akan membolehkan parti ini kembali menjadi pemerintah di Sabah pada pilihan raya yang akan datang.

“Saya yakin barisan kepimpinan UMNO 2023-2026 ini adalah barisan yang cukup mantap. Pada mereka yang kalah dalam pemilihan parti, kita buang yang keruh ambil yang jernih kerana UMNO Sabah harus bergerak ke hadapan untuk memastikan pada PRN akan datang, kita jadi pemerintah di bumi Sabah.

“Saya telah memberi penekanan bahawa ada dua jabatan yang ditransformasikan iaitu Jabatan Pilihan Raya dan Jabatan Penerangan dan Media Sosial yang perlu revolusi secara besar-besaran untuk memastikan UMNO berada dalam platform yang tidak ketinggalan zaman.

“Pada saya, UMNO Sabah adalah parti yang sentiasa inginkan perubahan sebab kita tahu perjuangan ini tidak boleh melawan arus,” katanya selepas mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri Sabah dan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim di Bangunan UMNO pada Ahad.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, secara peribadi beliau tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan atasan parti,

“Untuk UMNO terus maju dan bergerak ke hadapan tiada masalah antara kami semua mencurahkan perkhidmatan kepada parti dengan harapan UMNO Sabah akan menjadi teras kepada kerajaan negeri Sabah (akan datang),” katanya.

Bung Moktar turut berkongis pandangan yang sama dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO Sabah tidak akan menggangu kerajaan negeri sehingga PRN akan datang.

Jelas beliau, UMNO Sabah akan menjadi ‘budak baik’ dalam bulan Ramadan ini.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya