UMNO Sabah mahu kembali jadi pemerintah-Bung Moktar

UMNO Sabah mahu kembali jadi pemerintah-Bung Moktar

BUNG Moktar Radin (lima kiri) dan Abdul Rahman Dahlan (empat kiri) bersama barisan pimpinan UMNO Sabah semasa majlis berbuka puasa di Kota Kinabalu baru-baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Gabungan pemimpin tertinggi UMNO Sabah yang baharu dilihat mampu membawa kemenangan kepada parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan dalam tempoh dua tahun lagi.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan selaku timbalannya adalah orang lama di dalam parti maka, kombinasi kedua-dua mereka akan menjadi pemangkin lebih baik untuk memastikan UMNO terus kekal relevan.

Beliau berkata, perubahan yang berlaku di dalam kepimpinan UMNO Sabah ini diyakini akan membolehkan parti ini kembali menjadi pemerintah di Sabah pada pilihan raya yang akan datang.

“Saya yakin barisan kepimpinan UMNO 2023-2026 ini adalah barisan yang cukup mantap. 

Pada mereka yang kalah dalam pemilihan parti, kita buang yang keruh ambil yang jernih kerana UMNO Sabah harus bergerak ke hadapan untuk memastikan pada PRN akan datang, kita jadi pemerintah di bumi Sabah.

“Saya telah memberi penekanan bahawa ada dua jabatan yang ditransformasikan iaitu Jabatan Pilihan Raya dan Jabatan Penerangan dan Media Sosial yang perlu revolusi secara besar-besaran untuk memastikan UMNO berada dalam platform yang tidak ketinggalan zaman.

“Pada saya, UMNO Sabah adalah parti yang sentiasa inginkan perubahan sebab kita tahu perjuangan ini tidak boleh melawan arus,” katanya selepas mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri Sabah dan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim di Bangunan UMNO, hari ini.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, secara peribadi beliau tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan atasan parti, 

“Untuk UMNO terus maju dan bergerak ke hadapan tiada masalah antara kami semua mencurahkan perkhidmatan kepada parti dengan harapan UMNO Sabah akan menjadi teras kepada kerajaan negeri Sabah (akan datang),” katanya.

Mengenai rakan kerjasama, Bung Moktar berkata, UMNO Sabah akan mengkaji secara teliti rakan kerjasama yang akan dipilih pada PRN akan datang.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, UMNO Sabah akan mengadakan mesyuarat biro politik bagi mengkaji rakan yang boleh membawa impak dan membantu UMNO menang pada PRN Sabah yang akan datang.

Beliau berkata, mana-mana parti yang boleh membawa kemenangan kepada UMNO akan diberi pertimbangan termasuklah Parti Warisan (Warisan) yang sebelum ini telah menyatakan hasrat ingin bekerjasama dengan UMNO Sabah.

Dalam pada itu, beliau berkongsi pandangan yang sama dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO Sabah tidak akan menggangu kerajaan negeri sehingga PRN akan datang. 

Jelas beliau, UMNO Sabah akan menjadi ‘budak baik’ dalam bulan Ramadan ini.- utusan

 

 

Kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Sabah 2023-2026 

Pengerusi Perhubungan : Bung Moktar Radin 

Timbalan Pengerusi Perhubungan : Abdul Rahman Dahlan

Bendahari : Datuk Seri Salleh Tun Said

Setiausaha Perhubungan Datuk Jafry Ariffin

Setiausaha Eksekutif :  Mohd. Azhier Farhan Arisin

Ketua Penerangan: Datuk Suhaimi Nasir

Ketua Wanita : Datuk Noraini Idris

Ketua Pemuda  Suffian Abd Karim

 Ketua Puteri :  Ummi Nabilah Jamal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya