Pakistan teruskan usaha pengantaraan AS-Iran, gesa penyelesaian melalui rundingan

Pakistan teruskan usaha pengantaraan AS-Iran, gesa penyelesaian melalui rundingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Kementerian Luar Pakistan pada Khamis berkata, pemimpin negara itu masih meneruskan usaha pengantaraan untuk menamatkan perang antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran meskipun konflik semakin memuncak, sambil menggesa penyelesaian dicapai menerusi rundingan.

“Memang sukar untuk bersikap optimis dengan pertukaran serangan yang berlaku ketika ini. Namun kami masih belum berputus asa dan terus terlibat dalam usaha tersebut.

“Jangan anggap pendekatan pengantaraan Pakistan sudah berakhir ,” kata jurucakap kementerian itu, Tahir Andrabi kepada wartawan.

AS melancarkan serangan baharu terhadap Iran pada Khamis yang mendorong Teheran bertindak balas, ketika pemimpin AS menuduh Iran sengaja melengah-lengahkan rundingan bagi mencapai perjanjian untuk menamatkan perang yang telah berlarutan selama tiga bulan.

“Pakistan kekal amat bimbang terhadap situasi di rantau ini yang dicirikan oleh peningkatan ketegangan sejak kebelakangan ini,” kata Andrabi.

Beliau berkata, Pakistan berpandangan diplomasi dan dialog perlu menjadi prinsip utama dalam mencapai penyelesaian menerusi rundingan bagi semua isu yang menjadi pertikaian.

Andrabi turut memaklumkanMenteri Dalam Negeri Pakistan, Mohsin Naqvi baru-baru ini pulang daripada lawatan ke Teheran dan telah menyampaikan mesej serta surat daripada Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif kepada kepimpinan Iran sebagai sebahagian daripada usaha pengantaraan tersebut.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN